Friday, May 28, 2010

Abah,Bagi Balik Tangan Ita ! (episod 1)

Sepasang suami isteri , seperti pasangan lain di kota-kota besar meniggalkan anak -anak diasuh pembantu rumah sewaktu keluar bekerja.Anak tunggal pasangan ini,perempuan berusia tiga setengah tahun.Bersendirian di rumah dia kerap ditinggalkan pembantunya yang sibuk bekerja di luar,tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia ama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di rumahnya.Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat.Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat dari marmar, lakaran tidak kelihatan .Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana itu bewarna gelap, lakaranya jelas.

Apa lagi  kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.Hari itu abah dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluanya sesak sempena perayan Thaipusam.Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta pula.Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.Kejadian itu langsun tak disedari pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik.Si bapa yang belum pun masuk kerumah terus menjerit,

"Siapa punya kerja ini?"
Pembantu rumah yang tersentak denga jeritan itu berlari keluar.Dia juga beristighfar.Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
"Tak tahu... !"
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu,apa kau buat?" herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya , tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh... cantikkan?!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar lalu....



*saspen kan?! nanti kan episode seterusnya.
 

0 comments: